PENGENALAN
Pembangunan mampan ialah pembangunan yang
dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan
memenuhi keperluan pada masa depan dan salah satu matlamat daripada pembangunan
mampan adalah tindakan terhadap iklim. Tujuan matlamat tersebut adalah
untuk mengambil tindakan yang cepat untuk mengatasi perubahan iklim. Perubahan
iklim merujuk kepada perubahan jangka panjang iklim dalam tempoh masa dari
berdekad ke berjuta tahun. Salah satu sasaran matlamat ke-13 pembangunan
mampan, tindakan terhadap iklim ialah memperkasakan pendidikan dan meningkatkan
kapasiti keupayaan manusia serta institusi bagi menangani perubahan iklim,
mengurangkan kesan, beradaptasi dan menerima amaran awal. Antara tindakan yang
boleh diambil oleh para pelukis bagi menerapkan kepentingan alam kepada
khalayak ramai adalah dengan menunjukkan kecantikan alam melalui karya-karya
mereka atau mengekspresi perasaan mereka terhadap perubahan iklim pada masa
kini.
Antara tiga
(3) karya seni visual pelukis-pelukis tempatan ialah :
Karya pelukis tempatan yang Pertama

koleksi: tidak dinyatakan
sumber imej: https://www.saatchiart.com/art/Painting-Cool-and-Mysterious-I-76-cm-x-188-cm-30in-x-74in/56749/1259774/view
Karya yang berjudul ‘Cool And Mysterious I’ ini merupakan hasil
karya Johan Marjonid. Karyanya ini dihasilkan pada tahun 2010 dan merupakan
salah satu karya dalam sebuah siri oleh Johan bertajuk ‘Mt Brinchang Series’.
‘Cool and Mysterious I’ dihasilkan menggunakan akrilik pada kanvas dan
malangnya karya ini telah dilelong di Henry Butcher Art Auctioneers pada tahun
2013. Gaya seni yang digunakan oleh Johan dalam karyanya ini adalah gaya
realisme iaitu gaya yang sering digunakan olehnya.
Johan Marjonid telah menggunakan tona warna yang sejuk dalam karya
ini dan secara tidak langsung, mengadaptasikan prinsip keharmonian di dalamnya.
Penggunaan tona warna ini berjaya memberikan audien perasaan yang tenang dan
sejuk. Selain itu, penggunaan warna yang terang sebagai latar belakang
membuatkan dahan-dahan di dalam karya itu menonjol akibat kekontrasan warna
yang sangat jelas.
Elemen garisan juga telah digunakan oleh Johan di dalam ‘Cool And
Mysterious I’. Sebagai contoh, garisan yang halus dan terang digunakan untuk
menampakkan ciri individu rumput, daun dan lumut pada dahan yang sangat
terperinci. Garisan separa gelap pada latar belakang juga berjaya membuatkan
pokok-pokok kelihatan jauh dan samar akibat kabus di kawasan hutan yang
sejuk.
Johan Marjonid telah menggunakan bakatnya untuk menyebarkan idea
tentang kepentingan memelihara alam sekitar dengan membangkitkan orang ramai
untuk merasai suasana sekeliling. Sebagai contoh, perasaan estetik dan
penampilan artistik suasana selepas hujan; segar, sejuk, dan tenang adalah
lazim dalam Siri Pemeliharaan Alam. Jadi, sebagai seorang audien, ‘Cool And
Mysterious I’ berjaya membuat saya rasa seakan-akan melihat landskap itu dengan
mata saya sendiri.
Karya pelukis tempatan yang Kedua
The Sudden Monsoon Downpour
koleksi: koleksi persendirian, Singapura
‘The Sudden Monsoon Downpour’ yang merupakan hasil karya Abdullah Ariff menunjukkan sebuah pemandangan di tepi pantai dengan awan yang mendung menandakan hujan akan tiba. Karya ini dihasilkan oleh beliau pada tahun 1956. ‘The Sudden Monsoon Downpour’ dihasilkan menggunakan cat air pada kertas dan merupakan hak milik koleksi persendirian di Singapura. Karya ini cenderung ke gaya ‘Eropah’ dalam pandangan dan pendekatan, sekaligus membuatkan lukisan ini kelihatan terperinci.
Elemen warna telah digunakan dengan cemerlang sekali di dalam
karya ini. Penggunaan warna yang sejuk telah digunakan pada kawasan pergunungan
di bahagian atas lukisan ini, manakala penggunaan warna panas pula digunakan
pada kawasan tepi pantai di bahagian bawah lukisan ini. Penggunaan kedua-dua
warna ini telah mewujudkan prinsip kontras pada karya ini. Beliau juga telah
menggunakan ton warna yang mewujudkan kesan-kesan kekaburan yang dikenali
sebagai perspektif atmosfera.
Selain itu, elemen seni; nilai juga telah digunakan oleh Abdullah
di dalam ‘The Sudden Monsoon Downpour’. Sebagai contoh, warna pic pada sebelah
kanan batu besar menunjukkan kesan pantulan cahaya, manakala warna perang gelap
pada sebelah kiri batu besar menunjukkan kesan bayang-bayang. Penggunaan elemen
garisan yang halus dan terang, dengan menggunakan sapuan berus yang kasar pada
ombak-ombak berjaya memberikan kesan pencahayaan di lautan.
Monsun secara tradisinya ialah angin berbalik bermusim disertai
dengan perubahan kerpasan yang sepadan, tetapi kini digunakan untuk menerangkan
perubahan bermusim dalam peredaran atmosfera. ‘The Sudden Monsoon Downpour’ ini
berjaya menimbulkan rasa tenang dan aman apabila audien melihatnya disebabkan
penggunaan warna sejuk sebagai warna dominan, walaupun karya ini menunjukkan
suasana yang tenang sebelum ribut.
Pelukis: Ismail Mustam, 'Ribut” (1959), cat minyak pada papan, 34cm x 45cm,
koleksi: tidak dinyatakan
sumber imej: https://www.mutualart.com/Artwork/RIBUT/CE9110F47B7053FB
Karya Ismail Mustam ‘Ribut’, menggambarkan landskap aktif di mana
pokok-pokok bergoyang ditiup oleh angin kencang. Karya yang menarik ini telah
dihasilkan oleh Ismail pada tahun 1959 di bawah bimbingan mentornya, Patrick Ng
Kah Onn. ‘Ribut’ merupakan sebuah metafora yang dicipta untuk menunjukkan
kebimbangan Ismail semasa membuat persediaan untuk peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran ketika itu. Ismail telah menggunakan teknik yang sangat unik, iaitu
teknik mencakar melalui cat minyak pada papan lapis untuk menghasilkan karya
yang berjudul ribut ini. Malangnya, karya ini telah dilelong
melalui Henry Butcher Art Auctioneers pada tahun 2013.
Ismail telah menggunakan elemen warna dalam ‘Ribut’ dengan
menggunakan warna jingga yang monokrom. Warna monokromatik adalah warna ton,
bayang dan rona bagi satu warna. Penggunaan warna ini secara tidak langsung
telah mewujudkan prinsip keharmonian warna yang sangat jelas. Warna jingga yang
terang sebagai latar belakang telah berjaya membuatkan karya ini kelihatan
seperti waktu senja.
Dengan menggunakan garisan yang dipahat berat dan tebal, terdapat
elemen tekstur yang unik dalam karya Ismail ini. Garis melengkung ke sebelah
kanan pada daun pokok-pokok menentukan kekuatan dan arah angin serta memberikan
audien rasa tenaga dalam daun pokok tersebut. Penggunaan garisan dengan warna
yang terang pada kedua-dua figura di bahagian bawah sebelah kanan lukisan ini,
telah menonjolkan figura-figura tersebut.
Ribut terjadi apabila suatu pusat tekanan rendah terbentuk dengan
dikelilingi oleh suatu sistem bertekanan tinggi. Warna jingga pula merupakan
warna semangat dan ianya menyediakan kekuatan emosi. Karya ini dihasilkan oleh
Ismail sebelum peperiksaan yang penting, jadi saya percaya bahawa penggunaan
warna jingga pada karyanya ini dapat membantu dirinya dari segi emosi dan
Ismail dapat menukarkan emosi gementar dan takutnya menjadi sumber keazaman dan
keberaniannya.
Antara tiga (3) karya seni visual pelukis-pelukis luar negara ialah :
Sumber imej: https://www.vangoghmuseum.nl/en/collection/s0039V1962
Karya Vincent Van Gogh yang berjudul Small Pear Tree in Blossom
menunjukkan sebuah pokok pear pada musim bunga. Karya ini merupakan salah satu
karya di dalam sebuah siri bertajuk ‘Flowering Orchards’ yang dihasilkan pada
tahun 1888 di Arles, Francis dan diinspirasi daripada pokok-pokok di Provence
pada musim bunga yang cantik dan mempesonakan. Karya ini sekarang berada di
muzium pelukisnya sendiri, iaitu di Van Gogh Museum, di Amsterdam dan lokasi
asal karya ini merupakan di Stedelijk Museum, Amsterdam. Karya ini dihasilkan
menggunakan cat minyak pada kanvas dan Vincent telah menggunakan teknik
impasto; sebuah teknik yang menggunakan sapuan berus cat yang tebal.
Vincent telah menggunakan prinsip warna di dalam karyanya ini.
Warna bunga buah pir pada pokok itu terang dan lembut, kontra kepada batang dan
dahan pokok tersebut. Latar belakangnya yang juga terang menjadikan seluruh
pokok pir itu menonjol berbanding bahagian lain di dalam karyanya itu. Dalam
karya ini, batang, dahan dan bunga telah ditekankan dan elemen dominan dalam
karya ini ialah dahan dan batang disebabkan warnanya yang gelap.
Karya seni ini terdiri daripada bentuk kerana ia
adalah dua dimensi. Kebanyakan bentuk dibentuk oleh garisan dan perubahan warna.
Sebagai contoh, batang pokok yang terdapat pada bahagian bawah sebelah kanan
kurang diberi penekanan dan hanya boleh dilihat jika diteliti dengan betul.
Pertukaran warna dari kuning ke merah jingga telah memberikan bentuk pada
batang pokok tersebut. Selain itu, penggunaan warna yang gelap pada bahagian
atas kanvas ini telah menampakkan prinsip ruang dalam karya ini.
Bunga pear telah diiktiraf selama berabad-abad
sebagai simbol musim bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok pear, secara amnya
dikategorikan sama ada sebagai pear Asia atau Eropah. Kedua-dua jenis pear
menghasilkan bunga pada musim bunga, dan bunga putih digemari kerana penampilan
mereka yang romantis dan halus. Bunga pear juga merupakan lambang keabadian.
Jadi, saya percaya bahawa karya ini telah dibuat oleh Vincent sebagai tanda
kekaguman orang lain yang abadi terhadapnya. Pada pendapat saya, siri
‘Flowering Orchards’ ini merupakan salah satu siri terbaik oleh Vincent Van
Gogh. Nilai estetika yang tinggi yang terdapat dalam siri ini menjadikan
siri ini menarik dan sangat diminati oleh orang ramai.
Pelukis: Pieter Brueghel the Elder,‘Winter landscape with Ice-skaters and bird trap’ (1565), cat minyak pada canvas, koleksi: Royal Museums of Fine Arts of Belgium
Sumber imej: https://en.wikipedia.org/wiki/Winter_Landscape_with_Ice_skaters_and_Bird_trap
Landskap “Winter Landscape with Ice-Skaters and Bird Trap” adalah
lukisan yang dihasilkan oleh pelukis dari Flemish, Pieter Bruegel the Elder,
yang terletak di Royal Museums of Fine Arts of Belgium di Brussels. Ianya
menunjukkan pemandangan kampung di mana ramai orang sedang meluncur di sungai
beku, manakala di sebelah kanan antara pokok dan semak, terdapat burung-burung
berkumpul di sekeliling perangkap burung. Karya ini dihasilkan pada tahun 1565
dan ianya dihasilkan menggunakan cat minyak pada canvas.
Penggunaan warna-warna rona yang sejuk menjadikan lukisan ini
hampir monokrom. Penggunaan warna ini berjaya membuatkan audien menggambarkan
pemandangan sebenar. Selain itu, landskap bagi karya ini telah dicat dengan
kebebasan yang besar; Pieter telah bermain dengan kesan gabungan impasti kecil
dan sayu lut sinar, sekaligus telah berjaya mencipta dialog antara kegelapan
salji dan pantulan fros, nada sejuk ais dan warna gelap pokok dan
tumbuh-tumbuhan yang diletakkan dengan teliti.
Menurut konsep alegori tentang kewujudan manusia pada abad ke-16, orang yang taat adalah seorang penziarah, melintasi kehidupan yang disemai dengan bahaya dan godaan, yang mesti dielakkannya untuk mencapai keselamatan. Oleh itu perangkap burung, seperti yang ada di latar depan sebelah kanan, melambangkan umpan syaitan untuk jiwa yang cuai.Selain itu, Pieter juga menggunakan adegan meluncur pada ais yang licin untuk menyatakan sifat kewujudan yang tidak pasti. Pemain luncur dan burung bertemu dalam keadaan yang kuat ataupun lemah untuk mereka menghadapi bahaya yang mengancam diri mereka. Dengan visi dunianya yang tepat dan sintetik, artis telah berjaya memperbaharui tema ini dengan kemahiran yang mahir.
Setting Sun
koleksi: Leopold Museum, Vienna
sumber imej: https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Egon_Schiele_-_Setting_Sun_-_Google_Art_Project.jpg
Karya Egon Schiele yang berjudul ‘Setting Sun’ menggambarkan
sebuah landskap di tepi pantai sewaktu matahari sedang terbenam . Karya ini
dihasilkan pada tahun 1913 dan berkemungkinan besar diinspirasi dari pantai
berhampiran Trieste dan dua pulau merah yang tandus yang terletak di luar
pantai. Karya Schiele ini merupakan salah satu koleksi dari Leopold Museum di
Vienna dan sebelum ianya diambil ke muzium tersebut, karya ini digantung di
atas meja milik Arthur Roessler, pengumpul karya Schiele. Karya ini dihasilkan
menggunakan cat minyak pada kanvas.
Schiele telah menggunakan elemen nilai dalam ‘Setting Sun’ bagi
menghasilkan kesan matahari terbenam pada langit. Bahagian atas kanvas yang
berwarna biru yang pudar menunjukkan langit mula bertukar menjadi gelap,
manakala pada bahagian diantara laut dan langit, terdapat warna jingga dan
kuning yang pudar, menunjukkan matahari yang sedang terbenam.
Selain itu Egon juga telah menggunakan elemen seni tekstur dalam
‘Setting Sun’. Jenis tekstur yang digunakan ialah tekstur buatan iaitu kesan
permukaan objek yang timbul pada suatu bidang kerana pengolahan unsur garis,
warna, ruang, dan terang-gelap. Elemen garisan juga telah digunakan oleh Egon
dalam karyanya ini untuk menghasilkan dua batang pokok. Penggunaan warna yang
gelap bagi garisan pokok tersebut membuatkan batang tersebut untuk tidak
menonjol pada bahagian bawah kanvas tetapi sebaliknya bagi bahagian atas
kanvas.
Sebaik sahaja matahari terbenam, bumi menjadi sejuk, hampir
seolah-olah cahayanya telah dipadamkan, seperti yang dapat kita lihat pada
jalur gelap rumput dan bunga kecil di latar depan. Setiap daun pada ranting
pokok telah kering dan telah menjadi kaku akibat kesejukan; dahan itu sendiri
berpaling ke arah satu sama lain, memerlukan perlindungan. Sebagai seorang
audien, karya ini menggambarkan dua orang yang hampir ke penghujung nyawa
mereka dan masing-masing memerlukan seseorang untuk menemani mereka, tetapi
malangnya, sebelum mereka temui seseorang untuk menemani mereka, mereka telah
pun meninggal dunia.
Secara
umumnya, seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan
disiplin seni halus, dan perekaan yang meliputi bidang-bidang komunikasi
visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia
merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi
visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu
bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Untuk
mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini memerlukan guru yang
benar-benar terlatih. Mata pelajaran ini memiliki disiplinnya tersendiri.
Matlamat dan objektif mata pelajaran ini perlulah dikupas dengan penuh
kesedaran oleh guru yang mengajarnya. Oleh itu, seorang guru boleh menggunakan
seni visual untuk mendidik anak murid mereka dengan mengekspresi sesuatu idea
bagi mencapai matlamat pembangunan
mampan keempat, iaitu Pendidikan berkualiti.
Comments
Post a Comment